Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

SAMBUTAN ILAL HIJRAH 1446 PERINGKAT DAERAH TUTONG

06 July 2024

SAMBUTAN ILAL HIJRAH 1446 PERINGKAT DAERAH TUTONG

​  بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Tutong, Sabtu, 01 Muharram 1446 bersamaan 06 Julai 2024–Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1446 Peringkat Daerah Tutong diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong sebagai masjid tumpuan utama di daerah tersebut.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.

Turut hadir, Yang Mulia Awang Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Jabatan Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; dan Yang Mulia Awang Haji Azman bin Haji Musa,  Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Juga hadir, penghulu dan ketua-ketua kampung, ketua-ketua cawangan setiap jabatan di Daerah Tutong serta para pegawai dan kakitangan kerajaan dan juga penduduk di Daerah Tutong.

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah, dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohd Waiz bin Tajuddin, Ketua Imam Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.

Sejurus itu, Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah diimamkan oleh Yang Mulia Awang Sahibol Omar bin Haji Mohd Yusof, Imam Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.  Diikuti dengan Doa Awal Tahun Hijrah juga dibacakan oleh Yang Mulia Awang Sahibol Omar bin Haji Mohd Yusof, Imam Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.

Aturcara majlis juga diisikan dengan Sembahyang Sunat Ba'diah dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah serta bacaan Doa Selamat bagi memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala supaya Negara Brunei Darussalam sentiasa beroleh keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan serta terhindar daripada segala wabak penyakit dan bala bencana.


Foto: PUDT