Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

SAMBUTAN ILAL HIJRAH 1446 PERINGKAT DAERAH TEMBURONG

06 July 2024

SAMBUTAN ILAL HIJRAH 1446 PERINGKAT DAERAH TEMBURONG

​  بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Temburong, Sabtu malam Ahad, 01 Muharram 1446 bersamaan 06 Julai 2024–Sambutan Ilal Hijrah 1446 peringkat Daerah Temburong diadakan di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Temburong sebagai masjid tumpuan utama di daerah tersebut.  Majlis dikendalikan oleh Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong.   Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. 

Turut hadir, Yang Mulia Awang Hassan Baha bin Haji Umar, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Jabatan Daerah Temburong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; dan Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Ketua Kampong Labu Estet dan Piasau-Piasau, Daerah Temburong.

Sambutan Ilal Hijrah ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran oleh kira-kira 350 orang jemaah terdiri daripada ketua-ketua cawangan dan para pegawai serta kakitangan dari setiap jabatan kerajaan.  Juga, penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampong; ahli jawatankuasa takmir masjid; ahli-ahli Persatuan Saudara Baru Temburong (PESAT); guru-guru Sekolah Ugama dan Arab (Lelaki); Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) serta Pasukan-Pasukan Beruniform dan juga penduduk kampong di Daerah Temburong.

Acara petang ini dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah diikuti dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah.  Seterusnya, bacaan Doa Awal Tahun Hijrah, Solat Sunat Ba'diah, Solat Sunat Hajat berjemaah dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.  

Majlis Ilal Hijrah 1446 bertemakan “Memelihara Akal, Masyarakat Sejahtera" ini adalah untuk menyemarakkan lagi hari-hari kebesaran Islam yang termaktub dalam Taqwim Hijrah dan merista kembali sejarah penghijrahan Baginda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dari Mekah ke Madinah.  Di samping itu, mengajak masyarakat Islam di Negara ini untuk sama-sama memperingati dan menghayati peristiwa sejarah Hijrah Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam terutama generasi belia agar mengamalkan kehidupan seharian sebagaimana yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam.  Ianya juga bertujuan untuk memohon doa bagi kesejahteraan serta limpah rahmat ke atas Raja dan seterusnya kema'muran dan keberkatan ke atas Negara Brunei Darussalam dan seluruh penduduknya.  


​Foto: PHEUDT