Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

BENGKEL PENYEMBELIHAN SECARA ISLAM

06 July 2024

BENGKEL PENYEMBELIHAN SECARA ISLAM

​  بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​​

Batong, Sabtu, 29 Zulhijjah 1445 bersamaan 06 Julai 2024–Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Jefri Bolkiah, Kampong Batong dan Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara mengungkayahkan Bengkel Penyembelihan Secara Islam bagi Tahun 1445H/2024M di masjid berkenaan.

Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta-peserta mengenai cara-cara penyembelihan menurut hukum syara' di samping mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan para peserta dengan pegawai dan kakitangan dari Jabatan Hal Ehwal Masjid dan Jabatan Hal Ehwal Syariah.  Bengkel ini juga dihasrat  menjadi salah satu aktiviti untuk mengimarahkan masjid.

Hadir sama pada bengkel tersebut ialah Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohammad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara.


Foto: JHEM