Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENGISLAMAN WARGANEGARA INDONESIA

07 July 2024

MAJLIS PENGISLAMAN WARGANEGARA INDONESIA

​  بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Belait, Ahad, 01 Muharram 1446 bersamaan 7 Julai 2024–Seorang warganegara Indonesia, Sih Sujatmono, 42 tahun, telah memeluk agama Islam dengan melafazkan Ikrar Pengislaman serta Dua Kalimah Syahadah pada pagi tadi.  Majlis Pengislaman diadakan di rumah kediaman Awang Haji Alias bin Abdullah @ Nilis bin Manai, Kampong Sungai Taring, Lumut II, Daerah Belait.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis, Yang Berhormat Awang Haji Mohd Salleh bin Haji Othman, Ahli Majlis Mesyuarat Negara.  Turut hadir pegawai-pegawai dari Unit Pengislaman, Pejabat Unit Da'wah Daerah Belait.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah.  Diikuti dengan lafaz Ikrar Pengislaman dari saudara baharu yang diraikan di hadapan Pegawai Unit Pengislaman, Pejabat Unit Da'wah Daerah Belait.  Kini, Sih Sujatmono dikenali dengan nama Islamnya Muhammad Sihsujatmono.  Acara diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada saudara baharu yang diraikan disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis.

Dari bulan Januari hingga Jun 2024, Pejabat Unit Da'wah Daerah Belait mencatatkan seramai 45 orang yang telah memeluk agama Islam bagi Daerah Belait.  Manakala, statistik keseluruhan keramaian orang yang memeluk agama Islam bagi Negara Brunei Darussalam adalah seramai 171 orang.


Foto: PDI