Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

HIJRAH GETAWAY!  “Bekalan Hijrahku!”

07 July 2024

HIJRAH GETAWAY! “Bekalan Hijrahku!”

​  بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Bandar Seri Begawan, Ahad, 02 Muharram 1446 bersamaan 07 Julai 2024– Buat julung kalinya Belia Masjid Senegara mengungkayahkan Program Hijrah bertemakan Hijrah Getaway! “Bekalan Hijrahku!".  Program yang disertai oleh Belia-Belia Masjid telah diadakan dari 6 hingga 7 Julai 2024 bersamaan 29 Zulhijjah 1445H hingga 01 Muharram 1446H.

Matlamat Program Hijrah ini adalah untuk mempersiapkan para belia dari segi mental dan fizikal dalam penghijrahan dan perubahan diri ke arah yang lebih baik dilengkapi dengan pengetahuan ugama Islam.  Di samping itu, program ini dapat membantu merealisasikan hasrat untuk menjadikan Negara ini sebagai sebuah Negara Zikir.

Tujuan program Hijrah Getaway! “Bekalan Hijrahku!" dianjurkan adalah sebagai wadah Pembentukan Insan Syumul dengan menguasai kemahiran kepimpinan, berdikari dan kerja berpasukan yang diperlukan untuk menjadi belia yang berkredibiliti.  Di samping untuk mengeratkan lagi ukhuwah dan mahabbah di kalangan ahli jawatankuasa dengan pengembaraan ke luar daerah, program ini juga untuk meningkatkan kerjasama, tolong-menolong dan menanamkan sifat kemanusiaan dalam diri para belia sekaligus menjadikan mereka agar mampu keluar dari zon selesa untuk melihat keadaan dunia luar.

Program tersebut telah diisikan susunan acara termasuk bengkel kerohanian, latihan dalam kumpulan, aktiviti kemasyarakata dan kemahiran diri.

Sehubungan dengan itu, majlis penutup bagi program berkenaan diadakan malam tadi di Masjid Ash-Shaliheen.  Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah ialah Yang Mulia Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Semoga dengan adanya program seumpama ini akan dapat memberi impak yang sangat besar kepada para peserta dan juga memenuhi hasrat Belia Masjid Senegara agar dapat menjadi booster (penggalak) untuk melangkah lebih jauh dalam pembaikan, penghijrahan dan pembentukan diri para belia dan bersiap siaga dalam menempuhi segala rintangan pada masa hadapan.

 

​Foto: JHEM