Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENYAMPAIAN PENGURNIAAN PINGAT-PINGAT KEHORMATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PINGAT KERJA LAMA (P.K.L) SEMPENA ULANG TAHUN  HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-77

09 July 2024

MAJLIS PENYAMPAIAN PENGURNIAAN PINGAT-PINGAT KEHORMATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PINGAT KERJA LAMA (P.K.L) SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-77

​  بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​​

Bandar Seri Begawan, Selasa, 03 Muharram 1446 bersamaan 09 Julai 2024–Seramai 262 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan jabatan-jabatan di bawahnya serta tenaga pengajar dari institusi-institusi pendidikan di bawah Kementerian tersebut pagi tadi menerima Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam Pingat Kerja Lama (P.K.L) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-77 Tahun bagi Tahun 2023.

Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan tersebut disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama di Dewan Serambi Suluh, Tarindak d'Seni, Bandar Seri Begawan.

Pengurniaan Pingat Kerja Lama adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan dari Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di samping mengenang jasa bakti yang telah dicurahkan oleh penerima-penerima pingat sepanjang perkhidmatan mereka.  Ianya juga sebagai motivasi dan penyuntik semangat kepada warga Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti kerja dengan lebih cemerlang.

Antara kriteria penerima-penerima P.K.L. adalah selain genap 20 tahun perkhidmatan, penerima juga hendaklah mempunyai rekod perkhidmatan yang baik; memiliki sifat-sifat dan keperibadian yang terpuji serta mempunyai penilalan prestasi yang dinilai sangat baik sepanjang kebelakangan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama;  Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama;  Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan);  Yang Mulia Awang Haji Hardifadhillah bin Hj Mohd Salleh, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan);  dan Yang Mulia Profesor Madya Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.  Juga hadir. pengarah-pengarah dan pegawai- pegawai kanan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Acara dikendalikan oleh Bahagian Dasar dan Strategik dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 


 

 

 

​​Foto: BPAAM dan i-Ready