Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

LAWATAN KERJA RASMI DARIPADA PUSAT SAINS KEMANUSIAAN, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA) KE KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

24 July 2024

LAWATAN KERJA RASMI DARIPADA PUSAT SAINS KEMANUSIAAN, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA) KE KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

​  بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Berakas, Rabu, 18 Muharram 1446 bersamaan 24 Julai 2024–Kementerian Hal Ehwal Ugama pagi tadi menerima lawatan kerja rasmi daripada rombongan delegasi daripada Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Rombongan diwakili oleh Dr. Mohamad Hilmi bin Mat Said, Dekan Pusat Sains Kemanusian, dan Prof. Madya Dr. Mahyuddin bin Ismail, Pensyarah Kanan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.

Hadir sama bagi mengalu-alukan kedatangan rombongan dan seterusnya mempengerusikan perjumpaan  ialah Yang Mulia Awang Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk menjalinkan kerjasama akademik peringkat antarabangsa, berkongsi kepakaran dengan institusi-institusi pendidikan yang dilawati dan juga untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fungsi dan objektif Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Rombongan delegasi juga mendengar taklimat disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Mahani binti Awang Haji Suhaili, Pemangku Pengarah Jabatan Perundangan Islam; dan Yang Mulia Awang Haji Farizan bin Haji Judin, Ketua Bahagian Penguatkuasa Ugama, Jabatan Hal Ehwal Syariah.

Semasa berada di Negara Brunei Darussalam dari 22 hingga 25 Julai 2024, rombongan dari Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah juga berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke agensi kerajaan dan beberapa buah universiti di negara ini.

​Foto: i-Ready BPAAM