Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KHATAM AL-QURAN BAGI MURID-MURID DARJAH VI SEKOLAH UGAMA PENGIRAN ANAK PUTERI HAFIZAH SURURUL BOLKIAH (SESI PAGI) KAWASAN BRUNEI IIA BAGI TAHUN 1446H / 2024M

27 July 2024

MAJLIS KHATAM AL-QURAN BAGI MURID-MURID DARJAH VI SEKOLAH UGAMA PENGIRAN ANAK PUTERI HAFIZAH SURURUL BOLKIAH (SESI PAGI) KAWASAN BRUNEI IIA BAGI TAHUN 1446H / 2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Perpindahan Berakas, Sabtu, 21 Muharram 1446 bersamaan 27 Julai 2024–Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah (Sesi Pagi) mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi meraikan seramai 33 orang murid Darjah VI terdiri daripada 18 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan yang berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk Al-Quran.  Majlis diadakan petang tadi di Dewan sekolah berkenaan.

Majlis bertujuan bagi menyahut hasrat Kerajaan untuk melahirkan generasi celik Al-Quran, di samping sebagai galakan kepada murid-murid untuk menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai budaya hidup dan amalan harian.

Majlis Khatam dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Awang Haji Md Shamsul Riza bin Haji Sulaiman, Penolong Pengarah Pentadbiran (Bahagian Kewangan), Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Seterusnya, bacaan surah-surah lazim oleh para peserta Khatam dan diikuti dengan bacaan Takhtim oleh murid-murid perempuan Darjah IV dan V. Manakala Doa Khatam dibacakan oleh Yang Mulia Shaikh Aydeen Al-Asy'ari bin Shaikh Sharul Azhar, salah seorang peserta Khatam.

Majlis turut diserikan dengan persembahan Dikir dan diteruskan dengan penyampaian Sijil Khatam oleh Tetamu Kehormat Majlis. Majlis diakhiri dengan Doa Selamat dibacakan oleh Yang Mulia Cikgu Awang Haji Shahrudin bin Haji Ibrahim.

 

Foto: JPI