Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROGRAM LAWATAN SEKOLAH UGAMA KATIMAHAR KE RUMAH PANJANG KAMPONG AMO B, DAERAH TEMBURONG BAGI TAHUN 1446H / 2024M

28 July 2024

PROGRAM LAWATAN SEKOLAH UGAMA KATIMAHAR KE RUMAH PANJANG KAMPONG AMO B, DAERAH TEMBURONG BAGI TAHUN 1446H / 2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Temburong, Ahad, 22 Muharram 1446 bersamaan 28 Julai 2024–Rombongan seramai 32 orang terdiri dari guru-guru Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei IV dan Persatuan Ibu Bapa Guru sekolah berkenaan bersama ahli keluarga mereka pagi tadi mengadakan lawatan sambil belajar ke Rumah Panjang Kampung Amo B, Daerah Temburong.

Rombongan pelawat dialu-alukan oleh Ketua Rumah Panjang Kampung Amo B, Yang Mulia Awang Hujan Anak Muit yang juga memberikan taklimat mengenai budaya dan sejarah rumah panjang tersebut.

Semasa lawatan para peserta berpeluang menyaksikan demonstrasi anyaman bakul dan membuat kueh tradisional seperti Kueh Jala dan Kueh Penyaram.  Atur cara diselajurkan dengan penyampaian cenderahati kepada Ketua Rumah Panjang Kampung Amo B disempurnakan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Noraidah binti Haji Kula, Guru Besar Sekolah Ugama Katimahar yang juga selaku pengerusi.  Diakhiri dengan bergambar ramai.  Rombongan seterusnya menunaikan solat fardhu Zuhur berjemaah di Masjid Kampung Belais.

Antara matlamat lawatan adalah untuk mempelajari tradisi Puak Iban di samping menyantuni masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.  Selain itu, bagi mempromosikan produk yang dihasilkan oleh puak tersebut yang secara tidak langsung menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi di kampung berkenaan.

 


 

​Foto: JPI