بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Berakas, Rabtu, 2 Safar 1446 bersamaan 7 Ogos 2024–Peserta Negara Yang Mulia Awang Muhammad Mughni bin Haji Mohd Salleh dan Yang Mulia Awang Haji Muhammad Bazli Ra'if bin Haji Zulkifli, petang kelmarin telah berlepas meninggalkan Negara Brunei Darussalam bagi menyertai “44th King Abdul Aziz International Competition For The Memorization, Recitation And Interpretation Of The Qur'an di Makkah Al-Mukarramah yang akan diadakan pada 09 hingga 21 Ogos, 2024.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Yang Mulia Datin Dayang Hajah Umiyati binti Haji Mohd Noor, Pemangku Ketua Bahagian Kemajuan Syi'ar Islam; Yang Mulia Awang Mohammad Ali Sabri bin Haji Yusof, Pemangku Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Rosyanti binti Haji Lamat, Pemangku Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Turut serta bersama rombongan ialah Yang Mulia Awang Mohammad Fikri bin Haji Sharbini, Tenaga Pengajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah selaku Jurulatih merangkap Pengurus Rombongan.
Peserta Negara, Awang Muhammad Mughni bin Haji Mohd Salleh, Pelajar Tahun 3 Diploma 'Aliah Qira'at, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah akan mengikuti Pertandingan Menghafaz Al-Quran Kategori 15 Juz Al-Quran, manakala Yang Mulia Awang Haji Muhammad Bazli Ra'if bin Haji Zulkifli, Lepasan Pelajar Diploma 'Aliah Qira'at, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah akan mengikuti Kategori Menghafaz 30 juz Al-Quran.
Rombongan dijangka balik dan sampai ke Negara Brunei Darussalam pada 23 Ogos, 2024.
Foto: BPAAM