Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MENTERI HAL EHWAL UGAMA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PERPISAHAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK RAKYAT BANGLADESH KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

08 August 2024

MENTERI HAL EHWAL UGAMA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PERPISAHAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK RAKYAT BANGLADESH KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Berakas, Khamis, 03 Safar 1446 bersamaan 8 Ogos 2024–Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman pagi tadi menerima Kunjungan Hormat Perpisahan daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona.

Majlis diadakan di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis.

Hadir sama di majlis Kunjungan Hormat Perpisahan tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim;  Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim;  dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh.

Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 8 Mac 2021.

 

Foto: BPAAM