Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENGISLAMAN BAGI SEORANG LELAKI WARGANEGARA BELANDA

09 August 2024

MAJLIS PENGISLAMAN BAGI SEORANG LELAKI WARGANEGARA BELANDA

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

BERAKAS, Jumaat, 4 Safar 1446 bersamaan 9 Ogos 2024–Majlis pengislaman bagi seorang lelaki warganegara Belanda, Edwin Van Der Nol, 32 tahun, telah berlangsung pada petang tadi bertempat di Masjid Ash-Shaliheen, Jabatan Perdana Menteri.

Majlis Pengislaman dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan Lafaz Ikrar Pengislaman serta Dua Kalimah Syahadah oleh Edwin Van Der Nol. Majlis disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Haji Abd Rajid bin Haji Mohd Salleh, Pengarah Pusat Da'wah Islamiah. Acara pada petang tersebut juga diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada saudara baharu yang diraikan.

Dari Januari hingga 8 Ogos 2024, Bahagian Pengembangan Da'wah (Pengislaman), Pusat Da'wah Islamiah telah mencatatkan seramai 202 orang yang telah memeluk ugama Islam di seluruh negara.

 

​Foto: PDI