بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Belait, Selasa, 29 Safar 1446 bersamaan 03 September 2024–Program Tarbiyah Bersama Muallaf Sempena Ilal Hijrah 1446H/2024M dengan taklimat bertajuk “Menjauhi Amalan Khurafat dan Tahayul" diteruskan lagi dan kali ini untuk para Muallaf di Daerah Belait yang diadakan di Pejabat Unit Da'wah Daerah Belait.
Fasilitator jemputan bagi menyampaikan taklimat yang bertajuk “Menjauhi Amalan Khurafat dan Tahayul" ialah Pegawai Unit Kawalan Akidah dan Penyelidikan, Bahagian Penguatkuasa Ugama, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut, Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Bukit Sawat.
Program Tarbiyah Bersama Muallaf ini merupakan salah satu Program Tarbiyah Semasa anjuran Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Pembangunan Muallaf (Tarbiyah Muallaf) dengan kerjasama Unit Da'wah Daerah-Daerah.
Antara tujuan program adalah untuk memberikan kesedaran, pendedahan dan panduan kepada Muallaf tentang aqidah Islam agar para muallaf sentiasa berpegang teguh dengan aqidah menurut ajaran Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan saudara-saudara baru mengenai amalan khurafat dan tahayul agar kepercayaan tersebut dapat dihindari dan ditinggalkan.
Foto: PDI