Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MASJIDKU MAKMUR, NEGARA BERKAT SEMPENA SAMBUTAN KE-66 TAHUN MASJID OMAR ALI SAIFUDDIEN

29 September 2024

MASJIDKU MAKMUR, NEGARA BERKAT SEMPENA SAMBUTAN KE-66 TAHUN MASJID OMAR ALI SAIFUDDIEN

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Bandar Seri Begawan, Ahad, 25 Rabiulawal 1446 bersamaan 29 September 2024-Program 'Masjidku Makmur, Negara Berkat' diadakan awal pagi tadi bertempat di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.  Ianya bersempena Sambutan Ke-66 Tahun Masjid Omar Ali Saifuddien.

Hadir sama di Program tersebut, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat, Ahli Majlis Mesyuarat Negara.

Pengisian atur cara program ialah Sembahyang Fardhu Subuh berjemaah dan diserikan lagi dengan Tazkirah bertajuk “Imarah Masjid Di Zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam" disampaikan oleh Yang Mulia Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak, Penolong Pensyarah Pusat Pengajian Jawi dan Kitab Turath,  Kolej Universiti Penguruan Ugama Seri Begawan.

Program 'Masjidku Makmur, Negara Berkat' diadakan bertujuan mengajak orang ramai untuk memakmurkan masjid secara istiqamah (berterusan) dengan mendirikan Sembahyang Fardhu Subuh berjemaah yang sebagaimana kita ketahui bahawa mendirikan sembahyang secara berjemaah itu mempunyai kelebihan darjat berbanding sembahyang secara perseorangan.

Di samping memberi peluang dan kemudahan kepada orang ramai terutama para pengunjung acara Bandarku Ceria untuk memulakan langkah dan keceriaan hari mereka dengan meraih keberkatan melalui penglibatan dalam memakmurkan rumah Allah, ianya juga untuk merebut ganjaran pahala melalui bacaan wirid-wirid selepas sembahyang dan aktiviti keagamaan yang diaturkan.

 

Foto: JHEM