Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROGRAM TEAM BUILDING BAGI BELIA DAN BELIAWANIS MASJID SENEGARA “Menjana Pemikiran Optimis dan Realistik”

29 September 2024

PROGRAM TEAM BUILDING BAGI BELIA DAN BELIAWANIS MASJID SENEGARA “Menjana Pemikiran Optimis dan Realistik”

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Berakas, Ahad, 25 Rabiulawal 1446 bersamaan 29 September 2024- Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Belia dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid, Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam pagi tadi mengungkayahkan Program Team Building bagi Belia dan Beliawanis Masjid Senegara dengan tema “Menjana Pemikiran Optimis dan Realistik".

Program antara lain bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada para peserta mengenai kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas yang efektif. Di samping mendedahkan peserta kepada aspek kebolehtahanan berunding dan mencapai persetujuan, ianya juga untuk mewujudkan komunikasi berkesan dan semangat kerjasama di kalangan Belia dan Beliawanis Masjid Sesi Pendaftaran 2024-2026 yang secara tidak langsung mengeratkan silaturahim sesama mereka.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil kepada para peserta ialah Yang Mulia Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri,  Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Foto: JHEM