Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PELANCARAN BUKU ‘SULUH DARUSSALAM: SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM’

30 September 2024

PELANCARAN BUKU ‘SULUH DARUSSALAM: SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM’

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​​

Bandar Seri Begawan, Isnin, 28 Rabiulawal 1446 bersamaan 30 September 2024–Jabatan Pengajian Islam melakar sejarah dengan menerbitkan sebuah buku khas berjudul 'Suluh Darussalam: Sekolah-Sekolah Ugama di Negara Brunei Darussalam' yang mengandungi sejarah penubuhan Sekolah-Sekolah Ugama di negara ini.

Sehubungan itu, Majlis Pelancaran Buku berkenaan disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.

Majlis Pelancaran buku berkenaan diadakan di Auditorium Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah petang tadi bersempena mengambil sukut baik memperingati Ulang Tahun Pelaksanaan Pendidikan Ugama Formal di Negara Brunei Darussalam yang Ke-68 Tahun.

Penerbitan buku berkenaan bertujuan bagi menambah khazanah rujukan sejarah Pendidikan Ugama di negara ini serta menyediakan satu sumber rujukan komprehensif yang boleh diguna pakai dalam kajian-kajian golongan akademik dan masyarakat awam.  Penerbitan buku tersebut juga adalah bagi meraikan pencapaian Jabatan Pengajian Islam dalam memperkasa Pendidikan Ugama di negara ini.

Hadir sama di Majlis tersebut, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama;  Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama;  Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama;  Yang Mulia Dr. Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama; dan Yang Mulia Profesor Madya Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

Majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama, pengetua-pengetua dan guru-guru besar Sekolah-Sekolah Arab dan Ugama seluruh negara.