Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PEPERIKSAAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH UGAMA (SSSRU) BAGI MURID-MURID DARJAH VI KAWASAN BRUNEI I TAHUN 1445H / 2023M

01 October 2024

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PEPERIKSAAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH UGAMA (SSSRU) BAGI MURID-MURID DARJAH VI KAWASAN BRUNEI I TAHUN 1445H / 2023M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Serusop, Selasa, 27 Rabiulawal 1446 bersamaan 01 Oktober 2024–Seramai 282 orang murid termasuk 8 orang murid berkeperluan khas menerima sijil di Majlis Penyampaian Sijil Peperiksaan Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) Darjah VI Tahun 1445H/2023M bagi Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei I yang diadakan di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Kampung Serusop petang tadi.

Hadir selaku Tetamu Khas Majlis, Yang Mulia Awang Azman bin Haji Jaya, Ketua Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama yang seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil kepada murid-murid yang diraikan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Cikgu Awang Mohd Halidi bin Awang Haji Basar.  Diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Cikgu Awang Azmerul bin Haji Haris, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Daerah Brunei I.

Majlis diadakan bertujuan sebagai satu penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid yang memperolehi pencapaian cemerlang dalam bidang akademik hasil usaha gigih para murid serta sokongan ibu bapa dan juga guru-guru. Di samping itu, ianya juga bagi menghargai usaha pihak sekolah atas pencapaian keputusan dalam peperiksaan berkenaan.

Majlis tersebut merupakan acara julung kalinya dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei I.

 

Foto:JPI