Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

CERAMAH MAGHRIB

01 October 2024

CERAMAH MAGHRIB

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​​

Bandar Seri Begawan, Selasa, 27 Rabiulawal 1446 bersamaan 01 Oktober 2024-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Belia Masjid Senegara, bersama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Belia Masjid Ash-Shaliheen dan disokong oleh Bahagian Hal Ehwal Belia, Jabatan Hal Ehwal Masjid telah mengadakan Ceramah Maghrib sempena Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam. Acara berlangsung di masjid berkenaan.

Hadir selaku tetamu khas pada ceramah tersebut ialah Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Ceramah Maghrib telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Profesor Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Naib Canselor, Universiti Islam Selangor, Malaysia.

Tujuan utama acara ini adalah untuk mendidik Belia dalam mengingati perjuangan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wassalam, serta melahirkan generasi Belia yang memiliki akhlak yang baik dan menanam sifat kasih sayang antara sesama mereka. 


Foto: JHEM