Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

KEJOHANAN TEN PIN BOWLING SEMPENA 68 TAHUN PELAKSANAAN PENDIDIKAN UGAMA FORMAL ANJURAN JABATAN PENGAJIAN ISLAM

13 October 2024

KEJOHANAN TEN PIN BOWLING SEMPENA 68 TAHUN PELAKSANAAN PENDIDIKAN UGAMA FORMAL ANJURAN JABATAN PENGAJIAN ISLAM

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Berakas, Ahad, 09 Rabiulakhir 1446 bersamaan 13 Oktober 2024–Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama mengadakan Kejohanan Ten Pin Bowling bersempena memperingati Pelaksanaan Pendidikan Ugama Formal Ke-68 Tahun. Kejohanan tersebut dibukakan kepada para pegawai dan kakitangan Jabatan Pengajian Islam dan diadakan petang tadi di Golden Bowling, Airport Mall, Berakas.

Sebanyak 24 pasukan terdiri daripada 15 pasukan lelaki dan 9 pasukan perempuan telah bertanding dalam kejohanan tersebut.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, yang kemudiannya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Kejohanan merupakan salah satu inisiatif dan galakan kepada warga Jabatan agar bergiat aktif dalam bidang sukan bagi memelihara kesihatan fizikal dan mental.  Ianya juga bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, silaturahim, setiakawan serta semangat 'ukhwah' dalam kalangan para peserta.