بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Pulaie, Sabtu, 22 Rabiulakhir 1446 bersamaan 26 Oktober 2024–Seramai 30 orang peserta terdiri daripada pegawai-pegawai Pusat Da'wah Islamiah menamatkan Bengkel Pengetahuan Asas Ilmu Dhabt Al-Qur'an yang diadakan selama 5 hari bermula 21 hingga 26 Oktober 2024.
Sehubungan dengan itu, petang tadi diadakan Majlis Penutup Bengkel Pengetahuan Asas Ilmu Dhabt Al-Qur'an bertempat di Dewan Serbaguna, Pusat Da'wah Islamiah.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Mulia Awang Muhammad Nur Asymawi bin Awang Asli. Diteruskan dengan ucapan dan kemudiannya penyerahan sijil kepada para peserta bengkel disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman, Pemangku Pengarah Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Tetamu Kehormat Majlis.
Antara objektif bengkel ini diadakan adalah untuk menjadikan Urus Setia Lajnah Pentashihan Mushaf Al Qur'an, Pusat Da'wah Islamiah sebagai tempat pentashihan dan rujukan yang diiktiraf di Negara Brunei Darussalam sebanding dengan negara lain. Bengjkel ini juga bertujuan untuk menghasilkan satu garis panduan penapisan bagi perkhidmatan yang lebih bermutu dan dapat menambah keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan yang diberikan.





Foto: PDI