Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

ACARA RIADAH BERJALAN KAKI GURU-GURU UGAMA DAERAH TUTONG SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU KE-34, TAHUN 2024

27 October 2024

ACARA RIADAH BERJALAN KAKI GURU-GURU UGAMA DAERAH TUTONG SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU KE-34, TAHUN 2024

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Tutong, Ahad, 24 Rabiulakhir 1446 bersamaan 27 Oktober 2024–Bagi memupuk amalan gaya hidup yang sihat serta memelihara kesejahteraan mental dan fizikal guru-guru ugama, Jabatan Pengajian Islam melalui Jawatankuasa Guru-Guru Ugama Daerah Tutong pagi tadi mengadakan acara riadah berjalan kaki bagi guru-guru sekolah ugama Daerah Tutong bertempat di Bangunan Balapan dan Padang Kompleks Sukan Daerah Tutong.

Hadir sama di acara tersebut, Yang Mulia Dayang Hajah Norhayati binti Haji Sawal, Pegawai Pengajian Islam Daerah Tutong, Bahagian Sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Yang Mulia Awang Mohd Amiruddin bin Haij Md Deli.  Diikuti dengan sesi pemanasan badan sebelum memulakan acara berjalan kaki sejauh 2.4 kilometer. Kemudiannya cabutan nombor bertuah dan sesi bergambar ramai.

Acara juga bertujuan antara lain untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan perpaduan di kalangan guru-guru sekolah ugama di Daerah Tutong.