Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROGRAM BICARA MUALLAF

03 November 2024

PROGRAM BICARA MUALLAF

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Pulaie, Ahad, 01 Jamadilawal 1446 bersamaan 03 November 2024-Belia Muallaf As-Syahadah, di bawah naungan Urus Setia Program Keugamaan Belia (PKB), Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama mengadakan Program Bicara Muallaf. Majlis diadakan bertempat di Dewan Persidangan, Pusat Da'wah Islamiah pagi tadi.

Bicara Muallaf adalah salah satu program dari Program Ikon Muallaf yang mendedahkan para peserta Ikon Muallaf kepada tokoh-tokoh muallaf dalam dan luar negeri melalui sesi ceramah dan perkongsian. Seterusnya, untuk melahirkan muallaf yang cemerlang dalam semua aspek modal insan berlandaskan kepada Falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) dan menjadi duta dan pemangkin dalam menarik lebih ramai muallaf untuk terlibat aktif dalam hal ehwal kemasyarakatan.

Turut hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Pengisian program tersebut adalah berbentuk Forum Bicara Muallaf dengan tajuk Dari Muallaf Ke Muallaf. Terdiri daripada 3 orang panel, di antaranya adalah panel jemputan dari luar negeri iaitu Yang Berbahagia Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Naib Canselor, Universiti Islam Selangor, Malaysia. Muhammad Samira Razin bin Abdullah Sambut, Presiden WeCare Brunei dan Muhammad Adam bin Abdullah Chong @ Chong Kai Lung, Pengarah Kreatif Matters of Choice

Di antara objektif program ini diadakan untuk menyuntik semangat, motivasi dan inspirasi untuk menyebarkan kebaikan khususnya pada orang bukan Islam, mengetahui dengan lebih mendalam akan cabaran menjadi seorang muallaf, mempelajari cara dan kaedah dalam menyantuni keluarga yang belum Islam; dan menampilkan belia muallaf tempatan yang bergiat aktif dalam masyarakat.

 

​Foto: PDI