بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Berakas, Rabu, 25 Jamadilawal 1446 bersamaan 27 November 2024–Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama petang tadi menerima Kunjungan Hormat daripada Puan Yang Terutama Kateryna Zelenko, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Ukraine (Yang Tidak Menetap) Ke Negara Brunei Darussalam.
Kunjungan hormat berlangsung di Bilik Dhiyafah, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis.
Hadir di majlis Kunjungan Hormat tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama; dan Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Puan Yang Terutama Kateryna Zelenko, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Ukraine (Yang Tidak Menetap) Ke Negara Brunei Darussalam telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 19 Ogos 2024.
Foto: I-Ready BPAAM