بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Bangar, Khamis, 26 Jamadilawal 1446 bersamaan 28 November 2024–Sekolah Arab Temburong mengadakan Majlis Hari Pelajar yang mengambil tempat di Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Temburong untuk meraikan seramai 63 orang pelajar yang telah mencapai kecemerlangan akademik bagi tahun 2024.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Awang Hassan Baha bin Haji Umar, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat. Diikuti nyanyian lagu kebangsaan dan lagu rasmi sekolah. Seterusnya Ucapan Alu-aluan oleh Yang Mulia Dayang Serikartini binti Haji Omar, Guru Besar Sekolah Arab Temburong. Disusuli persembahan dari pelajar-pelajar dan kemudiannya penyampaian hadiah penghargaan dan galakan serta sijil oleh Tetamu Kehormat Majlis kepada para pelajar yang diraikan.
Majlis juga diselajurkan dengan Haflut Takharruj bagi pelajar-pelajar Tahun 8 yang menamatkan pembelajaran di sekolah berkenaan.







Foto: JPI