Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

LAWATAN KERJA MENTERI HAL EHWAL UGAMA SEMPENA PENDAFTARAN DAN KEMASUKAN PELAJAR SANAH 5 KE SEKOLAH-SEKOLAH ARAB BAGI PENGGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN TAHUN 1446H / 2025M

07 January 2025

LAWATAN KERJA MENTERI HAL EHWAL UGAMA SEMPENA PENDAFTARAN DAN KEMASUKAN PELAJAR SANAH 5 KE SEKOLAH-SEKOLAH ARAB BAGI PENGGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN TAHUN 1446H / 2025M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Bandar Seri Begawan, Selasa, 07 Rejab 1446 bersamaan 07 Januari 2025–Bersempena pendaftaran dan kemasukan pelajar-pelajar Sanah 5 ke Persekolahan Arab bagi Tahun 1446H / 2025M, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama pagi tadi mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan. 

Seramai 190 orang pelajar perempuan telah menerima tawaran kemasukan ke Sanah 5 di Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan.

Turut hadir dalam rombongan Menteri Hal Ehwal Ugama ini ialah pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Lawatan berkenaan merupakan acara tahunan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi meninjau pelaksanaan aktiviti-aktiviti kemasukan pelajar-pelajar baharu ke Persekolahan Arab di samping melihat secara dekat prasarana dan kemudahan sekolah bagi memastikan penyediaan dan pencapaian pendidikan yang berkualiti tinggi.

 

​Foto: JPI