Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

LAWATAN KERJA PEMANGKU TIMBALAN SETIAUSAHA TETAP (PENTADBIRAN DAN KEWANGAN) KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA KE MA'AHAD ISLAM BRUNEI SEMPENA PENDAFTARAN DAN KEMASUKAN PELAJAR SANAH 5 KE SEKOLAH-SEKOLAH ARAB BAGI PENGGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN TAHUN 1446H / 2025M

07 January 2025

LAWATAN KERJA PEMANGKU TIMBALAN SETIAUSAHA TETAP (PENTADBIRAN DAN KEWANGAN) KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA KE MA'AHAD ISLAM BRUNEI SEMPENA PENDAFTARAN DAN KEMASUKAN PELAJAR SANAH 5 KE SEKOLAH-SEKOLAH ARAB BAGI PENGGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN TAHUN 1446H / 2025M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Tutong, Selasa, 07 Rejab 1446 bersamaan 07 Januari 2025–Ma'had Islam Brunei di Daerah Tutong hari ini menerima pendaftaran dan kemasukan pelajar-pelajar baharu Sanah 5 di sekolah tersebut bagi tahun 2025. 

Seramai 50 orang pelajar terdiri dari 28 orang pelajar lelaki dan 22 orang pelajar perempuan telah menerima tawaran kemasukan ke Ma'had Islam Brunei.

Sehubungan dengan itu, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim pagi tadi mengadakan lawatan kerja ke sekolah berkenaan.

Tujuan lawatan adalah untuk melihat pelaksanaan sesi pendaftaran dan kemasukan pelajar-pelajar baharu ke Ma'had Islam Brunei.  Di samping itu, untuk meninjau secara dekat beberapa infrastruktur dan kemudahan yang disediakan di Ma'had Islam Brunei bagi kesejahteraan warga sekolah, amnya dan pencapaian pendidikan yang berkualiti tinggi dan cemerlang para pelajar, khususnya.

Turut hadir semasa lawatan termasuk pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 



​Foto: JPI