Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

LAWATAN KERJA MENTERI HAL EHWAL UGAMA KE SEKOLAH UGAMA TUMPUAN TELISAI DAERAH TUTONG SEMPENA SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL PERTAMA TAHUN 2025

08 January 2025

LAWATAN KERJA MENTERI HAL EHWAL UGAMA KE SEKOLAH UGAMA TUMPUAN TELISAI DAERAH TUTONG SEMPENA SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL PERTAMA TAHUN 2025

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Tutong, Rabu, 08 Rejab 1446 bersamaan 08 Januari 2025–Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman meneruskan lagi sesi lawatan kerja ke Sekolah Ugama Tumpuan Telisai di Daerah Tutong.  Lawatan petang tadi itu adalah bersempena permulaan Sesi Persekolahan Ugama Penggal Pertama bagi Tahun 2025.

Turut hadir dalam  lawatan berkenaan ialah Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Hadir sama mengalu-alukan ketibaan rombongan ialah Guru Besar Sekolah Ugama Tumpuan Telisai, Yang Mulia Dayang Nur 'Aleemah binti Haji Gapor.

Rombongan memulakan lawatan ke bilik-bilik darjah di mana Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama berpeluang berinteraksi terus dengan murid-murid dan guru-guru.  Atur cara diakhiri dengan sesi muzakarah bersama pihak pentadbiran sekolah.

Lawatan berkenaan merupakan acara tahunan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi meninjau pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di persekolahan ugama, di samping menyaksikan lebih dekat prasarana dan kemudahan di Sekolah Ugama Tumpuan Telisai bagi kesejahteraan warga sekolah yang secara tidak langsung membantu pencapaian pendidikan ugama yang berkualiti tinggi dan berkesan.

Turut hadir semasa lawatan kerja tersebut, pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Foto: JPI