Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI HAL EHWAL UGAMA KE SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA SEMPENA SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL PERTAMA TAHUN 2025

08 January 2025

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI HAL EHWAL UGAMA KE SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA SEMPENA SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL PERTAMA TAHUN 2025

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Tutong, Rabu, 08 Rejab 1446 bersamaan 08 Januari 2025–Sempena permulaan Sesi Persekolahan Ugama Penggal Pertama bagi Tahun 2025, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan petang tadi mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Ugama Sungai Taring, Lumut, Daerah Belait dan Sekolah Ugama Sengkarai, Daerah Tutong.

Rombongan turut disertai oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim.

Hadir mengalu-alukan ketibaan rombongan di Sekolah Ugama Sungai Taring, Lumut, Belait ialah Guru Besar sekolah tersebut, Yang Mulia Awang  Farizal bin Haji Othman.  Manakala di Sekolah Ugama Sengkarai, Tutong, Guru Besar Sekolah berkenaan, Yang Mulia Dayang Hajah Suzanawati binti Haji Mat Kria.

Antara pengisian lawatan kerja Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama ialah lawatan ke bilik-bilik darjah serta berpeluang berinteraksi secara langsung dengan murid-murid dan guru-guru.  Lawatan diakhiri dengan sesi muzakarah bersama pihak pentadbiran sekolah.

Lawatan berkenaan adalah acara tahunan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi meninjau pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di persekolahan ugama iaitu Sekolah Ugama Sungai Taring, Lumut, Daerah Belait dan Sekolah Ugama Sengkarai, Daerah Tutong.  Di samping itu, menyaksikan lebih dekat prasarana dan kemudahan sekolah bagi kesejahteraan warga sekolah dan memastikan penyediaannya membantu menyumbang ke arah pencapaian pendidikan ugama yang berkualiti tinggi dan efektif.

Rombongan turut disertai oleh para pegawai kanan dan pegawai dari Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Lawatan ke Sekolah Ugama Sungai Taring, Lumut, Daerah Belait

 

Lawatan ke Sekolah Ugama Sengkarai Daerah Tutong


​Foto: JPI