Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

LAWATAN KERJA MENTERI HAL EHWAL UGAMA KE SEKOLAH UGAMA PENGIRAN ANAK PUTERI RASHIDAH SA’ADATUL BOLKIAH, SERIA SEMPENA SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL PERTAMA TAHUN 2025

07 January 2025

LAWATAN KERJA MENTERI HAL EHWAL UGAMA KE SEKOLAH UGAMA PENGIRAN ANAK PUTERI RASHIDAH SA’ADATUL BOLKIAH, SERIA SEMPENA SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL PERTAMA TAHUN 2025

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Seria, Selasa, 07 Rejab 1446 bersamaan 07 Januari 2025–Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman meneruskan lagi sesi lawatan kerja petang tadi ke Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Seria, Daerah Belait.

Turut hadir dalam rombongan berkenaan ialah Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Hadir sama mengalu-alukan rombongan ialah Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Yang Mulia Dayang Hajah Zahrah binti Yahya.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama memulakan lawatan ke bilik-bilik darjah dan berpeluang berinteraksi dengan murid-murid dan guru-guru secara lebih dekat.  Lawatan diakhiri dengan sesi muzakarah bersama pihak pentadbiran sekolah.

Lawatan berkenaan merupakan acara tahunan Kementerian Hal Ehwal Ugama bersempena permulaan Sesi Persekolahan Ugama Penggal Pertama bagi Tahun 2025 dan untuk meninjau pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di persekolahan ugama.  Di samping itu, menyaksikan lebih dekat prasarana dan kemudahan sekolah agar kondusif untuk warga sekolah yang secara tidak langsung membantu dalam pencapaian pendidikan ugama yang berkualiti tinggi dan berkesan.

Turut hadir semasa lawatan kerja tersebut, pegawai-pegawai kanan dan para pegawai dari Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Foto: JPI