Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QURAN BERSERTA PEMAHAMANNYA PERINGKAT SEPARUH AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1446 HIJRAH (HARI KEDUA)

08 January 2025

MUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QURAN BERSERTA PEMAHAMANNYA PERINGKAT SEPARUH AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1446 HIJRAH (HARI KEDUA)

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Berakas, Rabu, 08 Rejab 1446 bersamaan 08 Januari 2025–Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah diteruskan lagi hari ini, hari kedua, bagi peserta-peserta dalam Kategori 'D' dan 'E'.  Musabaqah diadakan di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Kategori 'D':  Menghafaz 15 Juz Al-Quran iaitu dari Juz 1 hingga Juz 15 berserta Pemahaman Surah As-Saffat; Surah Sad dan Surah Az-Zumar.  Terbuka kepada semua peringkat umur, dan tidak pernah menerima Elaun Ujian Tasmie' Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam dalam kategori 30 juz; Johan dalam kategori 'D' dua (2) kali berturut-turut hanya boleh menyertai Musabaqah ini selepas dua 2 tahun (dari tahun Kedua) menjadi Johan itu, dan tidak pernah menjadi Johan dalam Kategori 'E'.

Manakala Kategori 'E':  Menghafaz 30 Juz Al-Quran iaitu daripada Juz 1 hingga Juz 30 berserta Pemahaman Surah Ali-Imran dan Surah An-Nisa.  Terbuka kepada semua peringkat umur, dan Johan dalam kategori 'E' dua (2) kali berturut-turut hanya boleh menyertai Musabaqah ini selepas dua (2) tahun (dari tahun Kedua) menjadi Johan itu.

Seramai 12 orang peserta dalam Kategori 'D' terdiri dari tiga [3] orang peserta lelaki dan sembilan [9] orang peserta perempuan telah memperdengarkan hafazan masing-masing. 

Sementara, seramai 12 orang peserta lagi dalam Kategori 'E' terdiri dari sepuluh [10] orang peserta lelaki dan dua [2] orang peserta perempuan juga bertanding di Musabaqah tersebut pada hari ini.

Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah diteruskan lagi esok di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dengan memperdengarkan hafazan dari peserta-peserta dalam Kategori 'A' dan kemudiannya Majlis Pengumuman Keputusan dan Penyampaian Sijil Musabaqah pada sebelah petangnya.

 

Foto: PDI