بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Berakas, Khamis, 09 Rejab 1446 bersamaan 09 Januari 2025–Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah diteruskan lagi di hari terakhir ini. Seramai 12 orang peserta bagi Kategori 'A' terdiri dari lima [5] orang peserta lelaki dan tujuh [7] orang peserta perempuan telah memperdengarkan hafazan masing-masing pada pagi tadi.
Kategori 'A': Menghafaz 1 Juz Al-Quran iaitu Juz 30 berserta Pemahaman Juz 30. Kategori tersebut terbuka kepada peserta yang lahir pada tahun 2012 dan selepasnya (13 tahun ke bawah); Johan dalam Kategori 'A' dua (2) kali berturut-turut hanya boleh menyertai Musabaqah ini selepas dua (2) tahun (dari tahun Kedua) menjadi Johan itu, dan bukan terdiri dari penuntut sepenuh masa Institusi Pengajian Tahfiz Al-Quran dalam dan luar negara semasa mendaftar atau menghantar permohonan, dan tidak pernah menjadi Johan dalam Kategori 'B', 'C', 'D' dan 'E.
Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah diadakan selama tiga [3] hari, bermula hari Selasa, 7 Januari hingga hari Khamis, 9 Januari 2025 bertempat di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Foto: PDI