بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Bandar Seri Begawan, Sabtu, 02 Syaaban 1446 bersamaan 01 Februari 2025– Sebagai inisiatif dalam menyampaikan dakwah yang kreatif, efektif dan menarik kepada penonton, Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Muslimah dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Omar 'Ali Saifuddien pagi tadi mengadakan Sambutan Isra' dan Mi'raj berbentuk teater drama bertempat di Masjid berkenaan.
Persembahan dalam bentuk teater ini adalah bertujuan agar kaedah penyampaian lebih menarik dan mudah difahami oleh para muslimah. Di samping itu, untuk menyemarakkan Sambutan Isra' dan Mi'raj bagi Tahun 1446 Hijrah dan sama-sama berpatisipasi dalam mengembangkan syiar Islam. Acara juga dihasrat dapat mengimbas kembali peristiwa yang berlaku dalam Isra' dan Mi'raj, selain mengambil teladan dan iktibar dalam membina syakhsiah muslimah yang beriman dan bertakwa. Ianya juga dapat menguatkan keazamaan untuk meningkatkan lagi ibadah di bulan Ramadhan yang akan menjelang nanti.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada acara tersebut ialah Yang Mulia Datin Hajah Nahriah binti Haji Awang Asbi, Isteri Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.



Foto: JHEM