بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Zakat merupakan Rukun Islam yang keempat dan ia adalah wajib ke atas semua umat Islam yang cukup syarat-syaratnya untuk menunaikannya.
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda yang bermaksud "Tidak dikenakan ke atasmu apa-apa (Zakat) sehingga sampai dua puluh dinar. Jika kamu memiliki dan sampai haulnya, maka padanya (Zakat) setengah dinar". (Hadis Riwayat Abu Daud dan Baihaqi). "1/2 dinar itu adalah 1/40 (2.5%) daripada 20 dinar. Berdasarkan kiraan sekarang, 20 dinar (mitsqal) emas itu bersamaan dengan 85 gram emas".
Jumhur ulama fiqh juga telah mengatakan wajib zakat pada matawang (banknote). Matawang tersebut telah menggantikan matawang emas dan perak yang digunakan oleh orang-orang Arab terdahulu dalam berurusniaga sebelum kedatangan Islam. Matawang emas dikenali sebagai dinar dan matawang perak sebagai dirham.
Dalam pada itu, Majlis Ugama Islam Brunei melalui Surat Pemberitahuannya bilangan 1/2025 telah menetapkan bahawa kadar nisab zakat harta (wang simpanan) sekarang adalah seperti berikut:
EMAS | KADAR NISAB ZAKAT | BAYARAN ZAKAT |
21 KARAT $95.97 1gram | $95.97 X 85 GRAM $8,157.45 | 2.5% ATAU 1/40 $203.94 |
Kadar nisab tersebut akan bermula pada 02 Syaaban 1446 bersamaan 01 Februari 2025.
Memandangkan nilai emas boleh berubah dari semasa ke semasa dengan sebab perubahan turun naik harga emas di pasaran, maka kadar nisab zakat harta akan berubah mengikut pasaran harga emas semasa. Perkara mengenai perubahan kadar nisab zakakt harta ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Zakat harta wajib dikeluarkan setahun sekali sama ada mengikut perkiraan Tahun Hijrah atau Tahun Masihi oleh setiap orang Islam yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Hukum Syara'.
Cara pengiraan Zakat Harta Wang Simpanan
Kadar Bayaran Zakat Harta (Wang)