بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji memaklumkan bahawa pada masa ini sebanyak dua puluh empat (24) buah agensi pelancongan telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Umrah Menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi tahun 2025 Masihi. Agensi-agensi berkenaan adalah sepertimana berikut:
1. Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB)
2. Straits Central Agencies (B) Sdn. Bhd. (SCA)
3. Continental Yachting Sdn. Bhd.
4. Raudah Al-Amin Sdn. Bhd. (RAA)
5. Titian Travel & Tours Sdn. Bhd.
6. At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd.
7. Dar El-Ehsan Travel & Tours Sdn. Bhd. (DEE)
8. Al-Hijrah Travel & Tours Sdn. Bhd. (AHTTSB)
9. Balurih Travel Sdn. Bhd.
10. As-Safa Travel & Tours Sdn. Bhd.
11. Al-Abraj Travel & Tours Sdn. Bhd.
12. Aleiya Voyages Sdn. Bhd.
13. Al-Hajat Tours & Travels Agency Sdn. Bhd.
14. Al-Haramain Bil Iman Travel & Tours Sdn. Bhd.
15. Al-Miqat Travel & Tours Sdn. Bhd.
16. Firdaus Al-Munawwarah Travel Services Sdn. Bhd.
17. Ghufran Travel & Tours Sdn. Bhd.
18. Hayya Travel & Tours Sdn. Bhd.
19. Humaira Travel Centre (Borneo) Sdn. Bhd.
20. Hurriyah Travel Services Sdn. Bhd.
21. Ijtihad Travel Sdn. Bhd.
22. Lamisa International Tours & Travels Sdn. Bhd.
23. Maduli Agency Travel Sdn. Bhd.
24. Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd.
Walau bagaimanapun, hanya sepuluh (10) dari 24 buah agensi pelancongan yang tersebut di atas, yang dibenarkan untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Haji dan Pakej Umrah (Visa Umrah dan Visa Pelancong Arab Saudi) bagi tahun 1446 Hijrah hingga 1448 Hijrah. Agensi-agensi pelancongan berkenaan adalah:
1. Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB)
2. Straits Central Agencies (B) Sdn. Bhd. (SCA)
3. Continental Yachting Sdn. Bhd.
4. Raudah Al-Amin Sdn. Bhd. (RAA)
5. Titian Travel & Tours Sdn. Bhd.
6. At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd.
7. Dar El-Ehsan Travel & Tours Sdn. Bhd. (DEE)
8. Al-Hijrah Travel & Tours Sdn. Bhd. (AHTTSB)
9. Balurih Travel Sdn. Bhd.
10. As-Safa Travel & Tours Sdn. Bhd.
(Senarai penuh Agensi-Agensi Pengendali Perkhidmatan Pakej Haji dan Pakej Umrah Mengikut Kategori Pakej dan Visa sepertimana dilampirkan).
Dimaklumkan juga bahawa senarai terkini agensi-agensi pelancongan yang dibenarkan untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Haji dan Pakej Umrah (Visa Umrah dan Visa Pelancong Arab Saudi) bolehlah disemak melalui laman sesawang rasmi Kementerian Hal Ehwal Ugama (mora.gov.bn) atau Facebook atau berhubung terus ke Jabatan Urusan Haji melalui talian 2384478 dan e-mel Jabatan Urusan Haji ( juh.kheu@mora.gov.bn ).
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadat Haji atau Umrah bolehlah mengikuti dan berhubung terus dengan agensi-agensi pelancongan yang dibenarkan tersebut.