Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

KURSUS ASAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING BAGI GURU-GURU PERSEKOLAHAN ARAB DAN UGAMA

04 February 2025

KURSUS ASAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING BAGI GURU-GURU PERSEKOLAHAN ARAB DAN UGAMA

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Serusop, Selasa, 05 Syaaban 1446 bersamaan 04 Februari 2025–Ke arah memelihara kesejahteraan warga sekolah serta menangani isu sosial dan kesihatan mental di samping untuk memberi pendedahan dan pengetahuan yang diperlukan dalam membantu para pelajar khususnya dan juga warga sekolah yang memerlukan bimbingan, Jabatan Pengajian Islam mengendalikan Kursus Asas Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi guru-guru Persekolahan Arab dan Ugama. 

Seramai 20 orang guru dari sekolah-sekolah Arab dan Ugama menyertai kursus tersebut yang dilaksanakan selama tujuh (7) hari mulai hari ini di Bilik Persidangan, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakillah Hayatul Bolkiah, Kampung Serusop.

Kursus pagi tadi disampaikan oleh 3 orang pegawai dari Unit Perkhidmatan Kaunseling, Jabatan Pengajian Islam selaku fasilitator iaitu Yang Mulia Hajah Dayang Masiryanti binti Haji Awang Mashor, Pegawai Kaunseling; Yang Mulia Awang Emran bin Haji Abdul Rani/Ranee, Penolong Pegawai Kaunseling; dan Yang Mulia Awang Abdul Hakim bin Omar, Pegawai Perantis Kaunseling.

Hadir sama pada Sesi Pembukaan Kursus pagi tadi, Yang Mulia Dayang Hajah Mariana binti Haji Jamil, Pemangku Pengarah Pengajian Islam dan para pegawai dari Jabatan berkenaan.

Program diungkayahkan oleh Unit Perkhidmatan Kaunseling, Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Foto: JPI