Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PERTANDINGAN NASYID SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI KELAS BIMBINGAN MUSLIMAH SENEGARA

04 February 2025

PERTANDINGAN NASYID SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI KELAS BIMBINGAN MUSLIMAH SENEGARA

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Kiarong, Selasa, 05 Syaaban 1446 bersamaan 04 Februari 2025-Bagi menyuburkan dan mengukuhkan lagi rasa cinta kepada negara di samping menyuntik semangat keberanian dalam jiwa muslimah dalam menyampaikan lagu-lagu nasyid di khalayak ramai serta memvariasikan lagi lagu bertema partiotik dengan irama nasyid, Pertandingan Nasyid Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bagi Kelas Bimbingan Muslimah Senegara diadakan pagi tadi bertempat di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

Pada Pertandingan tersebut, Kumpulan dari Masjid Kampong Beribi muncul juara setelah menewaskan lapan (8) pasukan lain pada peringkat akhir hari ini.

Naib juara disandang oleh Kumpulan dari Masjid Kampong Sungai Teraban, Daerah Belait dan tempat ketiga ialah Kumpulan dari Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampong Kulapis.

Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Dayang Hajah Siti Norishan binti Haji Awang Abdul Ghafor, Isteri Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Dengan adanya pertandingan seumpama ini, dihasrat akan dapat mempopularkan lagi lagu-lagu nasyid dan dakwah sebagai satu budaya warisan konsep Melayu Islam Beraja  yang berunsurkan keagamaan untuk meningkatkan lagi pembangunan insan dan negara.

Pertandingan Nasyid Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bagi Kelas Bimbingan Muslimah Senegara diungkayahkan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Muslimah dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah. 

 

Foto: JHEM