Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

TADARUS AL-QURAN ERATKAN SILATURRAHIM PUSAT DAWAH ISLAMIAH BERSAMA MUALLAF PEDALAMAN

08 March 2025

TADARUS AL-QURAN ERATKAN SILATURRAHIM PUSAT DAWAH ISLAMIAH BERSAMA MUALLAF PEDALAMAN

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Belait dan Tutong, Sabtu, 07 Ramadan 1446 bersamaan 08 Mac 2025-Bagi menggalakkan para Muallaf untuk terus mengimarahkan masjid, surau, balai ibadat, pos da'wah dan juga rumah kegiatan ugama di kawasan masing-masing di samping memupuk penghayatan para Muallaf terhadap kelebihan bulan Ramadan yang mulia ini dengan melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti membaca Al-Quran, berzikir dan mendengar Tazkirah, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama meningkatkan usaha penyebaran da'wah kepada golongan Muallaf, khususnya yang berada di kawasan pedalaman Daerah Belait dan Daerah Tutong.

Rombongan Pusat Da'wah Islamiah bersama Unit Da'wah Daerah Belait lewat petang tadi mengadakan kunjungan bersama Muallaf Daerah Belait bertempat di Masjid Al-Mashor Kampung Sungai Mau, Kuala Belait. Turut serta bersama rombongan ialah Yang Mulia Awang Mohamad Aliyani bin Ismail, Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Ketua Rombongan, dan diikuti dengan bacaan Tahlil yang dipimpin oleh Yang Mulia Pengiran Haji Reduan bin Pengiran Haji Badaruddin, Penolong Pegawai Ugama, Pusat Da'wah Islamiah. Sejurus itu, bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Yang Mulia Abdul Qayyum bin Ali, Pegawai Hal Ehwal Masjid (Perantis), Imam Masjid Al-Mashor Kampung Sungai Mau. Acara diselajurkan dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah yang diimamkan oleh imam masjid berkenaan.

Sejurus itu, rombongan meneruskan kunjungan dan bertadarus Al-Quran di Balai Ibadat Hajah Aminah Kampung Long Mayan, Daerah Tutong. Turut serta bersama rombongan ialah Yang Mulia Pengiran Haji Jufri bin Pengiran Haji Hidup, Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da'wah Islamiah selaku Ketua Rombongan, dan Yang Mulia Awang Muhammad Hafizul Azmee bin Abdullah Zaman, Ketua Kampung Bukit dan Long Mayan.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Tadarus Al-Quran oleh Ketua Rombongan. Diikuti dengan Doa Selepas Membaca Al-Quran dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dipimpin oleh Yang Mulia Awang Muhammad Salihan bin Samra, Penolong Pegawai Ugama. Seterusnya, tazkirah yang bertajuk “Fadhilat Surah Al-Fatihah" yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Yusri bin Haji Abd Majid, Pegawai Perkembangan Ugama. Acara diselajurkan dengan berbuka puasa, Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak berjemaah, serta Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir berjemaah.

Majlis Bertadarus Al-Quran bersama Muallaf di Daerah Belait dan Tutong adalah juga untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama Muallaf dan juga dengan warga Pusat Da'wah Islamiah khususnya di Kawasan pendalaman negara ini.

Turut hadir menyertai rombongan ialah Pegawai dan Kakitangan daripada Pusat Da'wah Islamiah, Unit Da'wah Daerah Tutong, Unit Da'wah Daerah Belait dan ahli Persatuan Sinar Islam serta Muallaf di Daerah Tutong dan Belait.

Kunjungan PDI ke Daerah Belait bertempat di Masjid Al-Mashor Kampung Sungai Mau, Kuala Belait


Kunjungan bertadarus Al-Quran PDI ke Balai Ibadat Hajah Aminah Kampung Long Mayan, Daerah Tutong


Foto: PDI