بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Telisai, Selasa, 10 Ramadan 1446 bersamaan dengan 11 Mac 2025–Bulan Ramadan, bulan penuh dengan keberkatan di mana Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjanjikan ganjaran pahala berlipat ganda kepada setiap amal kebaikan dan amal ibadah yang dilakukan oleh hambanya seperti bersedekah dan bertadarus Al-Quran di masjid-masjid.
Sehubungan itu, rombongan Kementerian Hal Ehwal Ugama meneruskan lagi Majlis Tadarus pada petang tadi bertempat di Masjid Kampung Telisai, Daerah Tutong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan); dan Yang Mulia Awang Haji Shamsol bin Haji Omar, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keagamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Tetamu Kehormat Majlis. Diikuti dengan Tadabbur Al-Quran disampaikan oleh Yang Mulia Awang Abd Hadi bin Haji Abd Rahman, Imam Masjid Kampung Danau, Daerah Tutong.
Seterusnya, Tadarus Al-Quran dan disusuli dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah oleh Yang Mulia Awang Hazwan Hamizan bin Haji Haminuddin dari Balal Masjid Kampung Telisai, Daerah Tutong. Manakala Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Yang Mulia Awang Saipol bin Ismail, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampung Telisai, Daerah Tutong.
Rombongan Tadarus Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama seterusnya akan mengunjungi Masjid Zainab, Lumut, Daerah Belait pada hari Jumaat, 14 Mac 2025, pukul 5:00 petang.



Foto: JHEM