Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENUTUP TADARUS AL-QURAN, TAHLIL DAN MENGENANG JASA GURU BERSARA BAGI GURU-GURU SEKOLAH UGAMA KAWASAN BRUNEI IV

11 March 2025

MAJLIS PENUTUP TADARUS AL-QURAN, TAHLIL DAN MENGENANG JASA GURU BERSARA BAGI GURU-GURU SEKOLAH UGAMA KAWASAN BRUNEI IV

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​​

Mulaut, Selasa, 10 Ramadan 1446 bersamaan 11 Mac 2025–Kira-kira 250 orang guru sekolah-sekolah ugama Kawasan Brunei IV menyertai Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadan bagi Guru-Guru Ugama Kawasan Brunei IV yang mana Majlis Penutup Tadarus diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam, Mulaut pagi tadi.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Tetamu Khas Majlis, Yang Mulia Dayang Hajah Mariana binti Haji Jamil, Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Diikuti dengan bacaan surah-surah lazim dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohd Azwan bin Alawi, Guru Ugama. Seterusnya bacaan Tahlil dan Doa dipimpin oleh Yang Mulia Awang Jaman bin Haji Munap. Manakala Doa Khatam dibacakan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Irwandy bin Pengiran Haji Matahir, juga Guru Ugama.

Acara diserikan dengan Dikir Marhaban dan diteruskan dengan penyampaian Cenderamata kepada guru-guru yang telah bersara oleh Tetamu Khas Majlis. Acara diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadan bagi Guru-Guru Ugama Kawasan Brunei IV merupakan aktiviti tahunan kelolaan Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama (JKPPSU) Kawasan Brunei IV bagi mengimarah bulan Ramadan dengan amalan-amalan ibadah yang  berkebajikan serta meraih pahala berlipat ganda dan keberkatan di bulan Ramadan disamping mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan guru-guru ugama.