Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

ROMBONGAN BERTADARUS SEMPENA BULAN RAMADAN KE MASJID-MASJID DAERAH BELAIT TAHUN 1446H / 2025M

11 March 2025

ROMBONGAN BERTADARUS SEMPENA BULAN RAMADAN KE MASJID-MASJID DAERAH BELAIT TAHUN 1446H / 2025M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Labi, Selasa, 10 Ramadan 1446 bersamaan 11 Mac 2025–Sebagai salah satu syiar Islam dan memakmurkan masjid serta meningkatkan amal ibadah khususnya di bulan Ramadan Mubarak ini, Rombongan Bertadarus Sempena Bulan Ramadan ke Masjid-Masjid di Daerah Belait Tahun 1446H / 2025M petang tadi mengunjungi Masjid Kampung Labi, Daerah Belait.

Rombongan terdiri daripada warga kerja Jabatan-Jabatan Kerajaan di Daerah Belait yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad, Pemangku Pegawai Daerah Belait. 

Turut serta ialah Yang Berhormat Awang Salleh bin Haji Othman, Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga Penghulu Mukim Bukit Sawat; Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann, Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga Ketua Kampung Bukit Sawat;  dan Yang Mulia Awang Mohammad Noorsuffian bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Ketua Rombongan.  Diikuti dengan Tadarus Al-Quran. Seterusnya, bacaan Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Yang Mulia Awang Abdul Qadir bin Osman, Pemangku Imam Masjid Kampung Labi, Daerah Belait.

Selepas acara berbuka puasa, para jemputan, Ahli Jawatankuasa Takmir dan Jemaah masjid kemudiannya menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah.

Majlis Bertadarus ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan-Jabatan Kerajaan dengan jemaah masjid serta penduduk Kampung Labi dan sekitarnya di samping untuk meningkatkan amal ibadah semata-mata meraih ganjaran istimewa di bulan Ramadan.

Majlis bertadarus diselenggarakan bersama oleh Jabatan Daerah Belait dan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait.