بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Berakas, Selasa, 10 Ramadan 1446 bersamaan 11 Mac 2025–Dalam sama-sama meraih peluang untuk berbagi rezeki di bulan suci Ramadan ini, Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan mengadakan Program Iftar Ramadan bersama pelajar-pelajar sekolah tersebut bertempat di Tokyo Hall, The Airport Mall, Berakas lewat petang tadi.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Tahlil serta Doa Arwah dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohd. Bahauddin bin Haji Abu Bakar, Tenaga Pengajar dari Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan. Diteruskan dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Yang Mulia Awang Haji Zulkhairi bin Haji Brahim, Tenaga Pengajar juga dari sekolah yang sama.
Diikuti dengan sumbangan cenderahati kepada seramai 50 orang pelajar Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan terdiri dari pelajar-pelajar asrama, anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan yang disempurnakan oleh Yang Mulia Pengiran Hasinol Zamri bin Pengiran Haji Piut, Guru Besar Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan.
Selesai berbuka puasa, acara diteruskan dengan mendirikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dimamkan oleh Yang Mulia Awang Ali Khairul Faiz bin Haji Ali Amat @ Haji Ramle.
Program Iftar Ramadan merupakan amal infaq para guru Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan mengambil sukut baik keberkatan bulan Ramadan dan dihasratkan bagi membantu mereka yang memerlukan dalam persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri selain, untuk sama-sama mendoakan mereka yang telah kembali ke rahmatullah.