بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Tutong, Selasa, 10 Ramadan 1446 bersamaan 11 Mac 2025-Seramai 40 orang peserta terdiri daripada para Muallaf Kampung Bukit dan sekitarnya menghadiri Program 'Marhaban Ya Ramadhan' di Masjid Kampung Bukit, Mukim Ukong, Daerah Tutong kelolaan Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Unit Da'wah Daerah Tutong.
Hadir sama, Yang Mulia Awang Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abd Rahman, Penolong Pengarah Pusat Da'wah Islamiah selaku Tetamu Kehormat Majlis.
Turut hadir, Yang Mulia Awang Haji Azman bin Haji Musa, Ketua Pegawai Ugama, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong, Yang Mulia Dayang Zikrinaidah binti Haji Mat Dikir, Ketua Unit Da'wah Daerah Tutong, dan Yang Mulia Awang Muhammad Hafizul Azmee bin Abdullah Zaman @ Azmee bin Zaman, Ketua Kampung Bukit dan Long Mayan, serta para pegawai dan kakitangan Pusat Da'wah Islamiah dan Pejabat Unit Da'wah Daerah Tutong.
Acara dimulakan dangan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Mulia Awang Muhammad Danial Iman bin Zainuddin, Pelajar Latihan Industri Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Unit Da'wah Daerah Tutong. Diteruskan dengan ceramah bertajuk 'Puasa dan Sembahyang Dihatiku' disampaikan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Salihan bin Samra, Penolong Pegawai Perkembangan Ugama, Unit Da'wah Daerah Tutong. Manakala bagi Sesi Praktikal Sembahyang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Noorsaini bin Haji Idris dan Yang Mulia Dayang Maszuliana binti Haji Mohd Yussof, Guru Ugama Terlatih, Pejabat Unit Da'wah Daerah Tutong.
Program 'Marhaban Ya Ramadhan' ini bertujuan meningkatkan kefahaman para Muallaf dan non-muslim mengenai ibadah puasa dan kepentingan solat. Acara juga bertujuan untuk menyampaikan ilmu teori dan praktikal mengenai sembahyang sebagai Rukun Islam yang Kedua dengan memberi tunjuk ajar secara langsung kepada para peserta di samping mensyiarkan lagi agama Islam khususnya kepada masyarakat non-muslim di Negara Brunei Darussalam.







Foto: PDI