Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

 ROMBONGAN TADARUS AL-QURAN BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA KE MASJID, SURAU DAN BALAI IBADAT SEMPENA BULAN RAMADAN 1446H/2025M

20 March 2025

ROMBONGAN TADARUS AL-QURAN BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA KE MASJID, SURAU DAN BALAI IBADAT SEMPENA BULAN RAMADAN 1446H/2025M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Batu Apoi, Khamis, 19 Ramadan 1446 bersamaan 20 Mac 2025–Bulan Ramadan adalah bulan yang memiliki makna dan keistimewaan tersendiri bagi umat Islam di seluruh dunia. Bulan Ramadan yang mulia lagi penuh keberkatan di mana umat Islam dianjurkan untuk memperbanyakkan lagi amal ibadah, membaca Al-Quran, berdoa, dan melakukan amal kebajikan bagi meraih ganjaran pahala yang besar dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Sehubungan dengan itu, rombongan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama meneruskan lagi Majlis Tadarus pada petang tadi  bertempat di Masjid Kampung Batu Apoi, Daerah Temburong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Tetamu Kehormat Majlis. Diikuti dengan Tadabbur Al-Quran disampaikan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Syahmi bin Haji Zaini, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Daerah Temburong.

Acara diteruskan dengan Tadarus Al-Quran dan disusuli dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohammad Salehuddin bin Haji Suhaimi, Imam Masjid Kampung Batu Apoi, Daerah Temburong.  Diikuti dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Yang Mulia Awang Shamsuddin bin Haji Azahari, Imam Masjid Kampung Batu Apoi, Daerah Temburong.

Rombongan Tadarus Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama seterusnya akan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di Masjid An-Na'im, Kampung Panchor Mengkubau pada hari Isnin, 24 Mac 2025, pukul 5:00 petang.


Foto: JHEM