بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Katok, Khamis, 19 Ramadan 1446 bersamaan 20 Mac 2025–Permakluman Keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah telah dimaklumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim di Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara Tahun 1446 Hijrah. Penyampaian Hadiah Pemenang Pertama, Kedua dan Ketiga telah disempurnakan penganugerahan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa majlis tersebut.
Sehubungan dengan itu, Majlis Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Keempat dan Kelima Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah telah diadakan pagi tadi bertempat di Auditorium 1, Sekolah Menengah Arab Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Katok.
Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.
Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama; dan Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama; Ketua-Ketua Jabatan dan para pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama serta ibu bapa peserta.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Awang Haji Mohd Azrol Alim bin Haji Zaini, Pegawai Pemantau Zon 4, Pejabat Masjid Daerah Brunei dan Muara, kemudian diikuti dengan Ucapan Alu-aluan oleh Yang Mulia Awang Mohammad Ali Sabri bin Haji Yusof, Pemangku Pengarah Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama .
Antara lain ucapan tersebut menyatakan bahawa Penyertaan pada tahun ini adalah sangat membanggakan bagi Masyarakat Brunei, yang mana seramai tiga ratus tiga puluh enam (336) orang telah menyertainya dari Peringkat Saringan, Peringkat Separuh Akhir hingga ke Peringkat Akhir, berbanding seramai tiga ratus enam (306) orang peserta pada tahun lepas.
Beliau menambah “Sesungguhnya peningkatan yang ketara ini adalah sangat mengembirakan kepada kita semua. Ia menandakan semakin luasnya kitab suci Al-Qur'an itu dihafaz di negara kita. Majoriti penghafalnya adalah dari kalangan generasi baru yang berjiwa penghafaz Al-Quran. Mereka ini mendapat galakan daripada ibu bapa dan penjaga masing-masing dengan digiatkan pula oleh guru-guru mereka dipersekolahan ugama. Selain itu ialah kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menerusi pengajian di Ma'had Tahfiz Al-Qur'an Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan juga Skim Galakan yang diberikan kepada Al-huffaz yang berkelayakan dengan diperakukan oleh Majlis Tasme' Tertinggi dalam beberapa kategori hafazan yang diperkenalkan kepada rakyat Brunei Darussalam".
Acara kemuncak majlis ialah Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Keempat dan Kelima Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah.
Kategori A, Pemenang Keempat ialah Yang Mulia Dayang Thara' Wafirah binti Haji Mohammad Sharnizan dan Pemenang Kelima ialah Yang Mulia Dayang Nur Sarah Basyirah binti Mohammad Fikri.
Kategori B pula Pemenang Keempat ialah Yang Mulia Dayang Fifi Azirah binti Mohd Arifin dan Pemenang Kelima ialah Yang Mulia Dayang Ainaa Zunah Insyirah binti Haji Abdul Manap.
Kategori C, Pemenang Keempat ialah Yang Mulia Sheikh Muhammad Ameer Danish bin Sheikh Haji Muhammad Abdul Al-Amin. Sementera Pemenang Kelima ialah Yang Mulia 54515 SLD Mohammad Fahmi 'Izzuddin @ Haji Mohammad Farhan bin Begawan Mudim Haji Awang Tamin.
Kategori D Pemenang Keempat ialah Yang Mulia Dayang Siti Hafizah Al-Haziqah binti Ariffin. Manakala Pemenang Kelima ialah Yang Mulia Dayang Ameerah Batrisyia @ Sarah Huwaina binti Haji Amir Hisham.
Kategori E Pemenang keempat ialah Yang Mulia Awang Muhammad Adi Syazani @ Muhammad Izz Raziq bin Sahari. Dan Pemenang Kelima ialah Yang Mulia Dayangku Nur Fatin Wahidah binti Pengiran Muhd Sallehin.









Foto: PB