بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Berakas, Selasa, 24 Ramadan 1446 bersamaan 25 Mac 2025-Yang Mulia Awang Haji Shahwardy bin Haji Hamdan telah berlepas meninggalkan Negara Brunei Darussalam ke Pejabat Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Kaherah Republik Arab Mesir bagi memulakan tugas sebagai Pegawai Kesejahteraan bagi penuntut-penuntut lelaki di Kaherah. Mesir.
Beliau akan berkhidmat untuk selama tiga (3) tahun di sana.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat belayar ialah Yang Mulia Dayangku 'Aliyah Hannah binti Pengiran Haji Maslon, Pemangku Penolong Pengarah Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama, serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.


Foto: JPI