Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL UGAMA TERIMA KUNJUNGAN MUHIBBAH   HARI RAYA AIDIL FITRI DARIPADA MENTERI DI PEJABAT PERDANA MENTERI,  MENTERI KEDUA PENDIDIKAN DAN MENTERI KEDUA EHWAL LUAR, REPUBLIK SINGAPURA

02 April 2025

YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL UGAMA TERIMA KUNJUNGAN MUHIBBAH HARI RAYA AIDIL FITRI DARIPADA MENTERI DI PEJABAT PERDANA MENTERI, MENTERI KEDUA PENDIDIKAN DAN MENTERI KEDUA EHWAL LUAR, REPUBLIK SINGAPURA

YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL UGAMA TERIMA KUNJUNGAN MUHIBBAH HARI RAYA AIDIL FITRI DARIPADA MENTERI DI PEJABAT PERDANA MENTERI,  MENTERI KEDUA PENDIDIKAN DAN MENTERI KEDUA EHWAL LUAR, REPUBLIK SINGAPURA


Kampung Sungai Besar, Rabu, 03 Syawal 1446 bersamaan 02 April 2025 – 


Untuk mengukuhkan lagi hubungan sedia erat antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura dalam suasana kemeriahan Hari Raya Aidil Fitri ini serta kesempatan istimewa bagi mempereratkan silaturahim persaudaraan dan persahabatan antara kedua-dua buah negara, pada malam tadi, Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman menerima kunjungan muhibbah Hari Raya Aidil Fitri daripada Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Menteri Kedua Pendidikan dan Menteri Kedua Ehwal Luar, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bin Osman dan Isteri, Puan Sadiah Shahal.


Kunjungan Tuan Yang Terutama Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Menteri Kedua Pendidikan dan Menteri Kedua Ehwal Luar, Republik Singapura dan Isteri ke kediaman Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam diiringi oleh Menteri Negara (MOS) bagi Kementerian Undang-Undang dan Kementerian Pengangkutan, Tuan Yang Terutama Murali Pillai dan Isteri;  Datuk Bandar Daerah Tenggara, Tuan Fahmi Aliman dan Isteri;  dan Ahli Parlimen (MP) bagi Kawasan Perwakilan Berkumpulan (GRC) Pantai Barat, Puan Rachel Ong.


Turut serta dalam rombongan berkenaan ialah pegawai-pegawai dari Kedutaan Republik Singapura di Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Laurence Bay Siow Hon dan Isteri; serta Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Shaun Grosse dan Isteri.


Hadir sama, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin;  Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Nasir dan Isteri;  Yang Berhormat Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abdul Salam; Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee dan Suami; serta Yang Berhormat Awang Lau How Teck dan Isteri.


Ketibaan rombongan di Daraina 8, Kampung Sungai Besar dialu-alukan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Isteri, Datin Hajah Dayang Nahriah binti Haji Awang Asbi berserta keluarga.