Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MUALLAF 1446/2025

28 March 2025

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MUALLAF 1446/2025

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​​

Gadong, Jumaat, 27 Ramadan 1446 bersamaan 28 Mac 2025-Majlis Khatam Gabungan Persatuan Nurul Islam Daerah Brunei dan Muara dan Al-Quran One Day One Page Ministry of Education (O.D.O.P MOE) adalah aktiviti tahunan dalam bulan Ramadan Al-Mubarak dan disokong oleh Keluarga Haji Awang Baki bin Haji Muhd. Salleh dan Hajah Dayang Siliah binti Yusof telah berlangsung petang tadi di Songket Hall, The Rizqun International Hotel.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh, Pengarah Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh tetamu kehormat majlis. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Ad-Dhuha dan surah-surah seterusnya hingga Surah An-Nas, diikuti bacaan Takhtim dipimpin oleh Yang Mulia Awang Saifullah bin Haji Mohammad Sofian.

Seterusnya Doa Khatam dan Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Muhammad Nabil Hakim bin Haji Muhammad Nabil Hafizzuddin.

Majlis dihasrat bagi mengalakkan saudara saudari mualaf agar bergiat dalam menyemarakkan malam Ramadan dengan bertadarus Al-Quran selain ke arah usaha menanamkan semangat tekun dan sabar kepada saudara saudari mualaf dalam mempelajari pembacaan Al-Quran sehingga sampai kepada celik Al-Quran walaupun tidak mahir, sekurang-kurangnya lancar, tartil dan boleh membaca Al-Quran.

Yang terpenting adalah memberi galakkan dan sokongan padu daripada mana-mana pihak kepada saudara saudari mualaf untuk menyedari akan keutamaan dan mustahaknya mempelajari membaca Al-Quran, supaya mereka terdorong untuk rajin belajar membaca Al-Quran sehingga mereka boleh membaca Al-Quran.

Ini adalah salah satu cara bimbingan untuk mempelajari membaca Al-Quran, kerana buta huruf terhadap Al-Quran adalah satu kerugian besar bagi sebagai umat Islam. Dengan usaha seumpama ini, diharap mereka menjadi orang yang dekat dengan Al-Quran semata-mata kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan mengharap keredaan-Nya.