Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

KURSUS INTENSIF IBADAT HAJI DAN UMRAH BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1446H/2025M

14 April 2025

KURSUS INTENSIF IBADAT HAJI DAN UMRAH BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1446H/2025M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​​

Berakas, Isnin, 15 Syawal 1446 bersamaan 14 April 2025–Dalam usaha memberikan panduan dan kefahaman yang menyeluruh mengenai Manasik Haji dan Umrah secara teori dan praktikal sebagai bekalan ilmu kepada para jemaah sebelum menunaikan ibadat Haji dan Umrah di Tanah Suci nanti, Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Bimbingan Haji dan Umrah mengendalikan Kursus Intensif Ibadat Haji dan Umrah bagi Musim Haji Tahun 1446H/2025M bertempat di Dewan Multaqa, Aras Bawah, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Seramai 43 orang terdiri daripada bakal jemaah Haji yang tidak berkesempatan mengikuti kursus Haji dan Umrah sebelum ini, menyertai kursus berkenaan yang dikendalikan selama lima (5) hari berturut-turut, bermula pada hari ini, Isnin14 April hingga hari Jumaat, 18 April 2025. 

Kursus dimudahcara oleh Yang Mulia Awang Haji 'Abdul Mu'iz bin Haji Amat, Penolong Pegawai Ugama, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.