Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENGHARGAAN PELAJAR CEMERLANG  SEKOLAH ARAB SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH BAGI TAHUN 1445H / 2024M

22 April 2025

MAJLIS PENGHARGAAN PELAJAR CEMERLANG SEKOLAH ARAB SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH BAGI TAHUN 1445H / 2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Rimba, Selasa, 23 Syawal 1446 bersamaan 22 April 2025–Seramai 199 orang pelajar Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah menerima hadiah terbaik setiap kelas dalam Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tahun 5 hingga Tahun 10 (Normal Track) dan 32 orang pelajar yang telah berjaya memperolehi gred 5 'A' dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) pada Majlis Penghargaan Pelajar Cemerlang Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Tahun 1445H/2024M bertempat di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan petang tadi.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan diteruskan dengan ucapan daripada Yang Mulia Awang Haji Norhisyam bin Haji Mohd Noor, Pengetua Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang kemudiannya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang diraikan.

Majlis Penghargaan tersebut merupakan acara tahunan bertujuan sebagai pemangkin semangat dan motivasi kepada para penerima dan pelajar lain untuk mencapai kejayaan cemerlang yang serupa pada masa akan datang.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Yang Mulia Awang Md Ilham Syakirin bin Haji Muhammad Salleh, Tenaga Pengajar Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah.