Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

LAWATAN ROMBONGAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR KE SEKOLAH UGAMA PENGIRAN ANAK PUTERI NORAIN, TUTONG

23 April 2025

LAWATAN ROMBONGAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR KE SEKOLAH UGAMA PENGIRAN ANAK PUTERI NORAIN, TUTONG

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Tutong, Rabu, 24 Syawal 1446 bersamaan 23 April 2025–Seramai 22 orang ahli rombongan Jabatan Agama Islam Negeri Johor petang tadi meneruskan program Lawatan Kunjungan Hormat ke Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam dengan membuat lawatan kerja ke salah sebuah sekolah ugama di Daerah Tutong, iaitu Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain.

Rombongan tersebut diketuai oleh Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Yang Berhormat Dato' Dr Haji Nooh bin Gadot.  Hadir sama, Timbalan Mufti Johor, Sohibus Samahah Yang Berhormat Dato 'Ahmad Faisal bin Mohamed.

Ketibaan rombongan di sekolah berkenaan disambut oleh Yang Mulia Dayang Hajah Noraisah binti Haji Musa, Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain.  Turut mengalu-alukan, Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Yang Mulia Dayang Hajah Mariana binti Haji Jamil berserta pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Melalui lawatan tersebut, para ahli rombongan berkesempatan untuk menyaksikan dengan lebih dekat proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di persekolahan ugama.  Juga ditinjau adalah pendekatan pihak Jabatan Pengajian Islam dan pihak sekolah dalam menyediakan pembelajaran ugama bagi Murid-Murid Berkeperluan Khas yang mendukung hasrat pendidikan inklusif di negara ini.

Di samping lawatan ke kelas-kelas, pengisian lawatan juga diselitkan dengan sesi taklimat dan soal jawab.

Rombongan Jabatan Agama Islam Negeri Johor juga dijadualkan untuk membuat lawatan ke Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha pada 24 April 2025.

 

Foto: SkiPPA BPAAM